Resepi Cheesekut
Resepi Cheesekut
Resepi cheesekut ini sangat terkenal dan amat mudah sekali untuk dibuat. Pelbagai variasi cheesekut boleh didapati seperti oreo cheesekut, milo cheesekut dan crunchcy cheesekut. Dalam blog ini, cara-cara memasak dan membuat cheesekut telah ditunjukkan dengan teliti. Cara-cara membuat cheesekut ini juga boleh diikuti dengan langkah demi langkah di channal Youtube Resepi Memasak Sedap. Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube untuk mengikuti resepi-resepi terkini.
Resepi Cheesekut sedap dimakan |
SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO
Resepi Cheesekut |
Bahan-Bahan yang diperlukan:
Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat Cheesekut |
1. Cream cheese - 250 gram
2. Biskut Cream Cracker - satu paket
3. Susu Full Cream Dutch Lady - satu kotak
4. Susu pekat manis - 1/2 tin
5. Nestum original - satu mangkuk kecil
Cara-cara membuat Cheesekut:
Bekas adunan dan alat pemukul telur atau cheese |
Sediakan bekas besar bersama dengan alat pemukul telur untuk membancuh adunan resepi cheesekut. Pengadun elektrik juga boleh digunakan untuk memudahkan kerja-kerja mengadun. Gambar diatas merupakan antara peralatan yang digunakan.
Cara membuat Cheesekut Langkah 1 - Masukkan cream cheese |
Masukkan cream cheese sebanyak 250 gram ke dalam bekas adunan. Cream cheese ini boleh didapati di mana-mana pasaraya yang terdekat seperti Giant dan Tesco. Cream cheese yang digunakan untuk membuat cheesekut ini adalah jenama Tatura.
Cara membuat cheesekut Langkah 2 - Masukkan susu krimer manis |
Masukkan susu krimer manis ke dalam adunan. Jangan masukkan kesemua sekali. Cuma masukkan separuh dari tin krimer sahaja. Boleh masukkan lebih sedikit sekiranya adunan terlalu pekat.
Cara membuat cheesekut Langkah 3 - Kacau adunan sehingga sebati |
Kacau adunan tersebut sehingga sebati. Tenaga yang kuat amat diperlukan sekiranya menggunakan alat pemukul telur atau cheese tersebut secara manual. Amat digalakkan untuk mengunakan pengadun elektrik bagi memudahkan kerja-kerja mengadun.
Cara membuat cheesekut Langkah 4 - Masukkan Susu Full cream ke dalam adunan |
Selepas adunan agak sebati, tambah sedikit (1/5 cawan atau 2 sudu) susu segar atau full cream ke dalam adunan. Jangan letak terlalu banyak kerana ia akan membuatkan adunan menjadi terlalu cair.
Cara membuat cheesekut Langkah 5 - Sambung kacau adunan sehingga sebati |
Sambung kacau adunan yang telah dicampurkan sedikit susu segar atau fullcream. kacau sehingga adunan menjadi kembang atau sebati sebelum siap untuk diratakan di atas lapisan biskut.
Cara membuat cheesekut Langkah 6 - Celup biskut dalam susu dan susun dalam bekas |
Celup biskut cream cracker ke dalam susu full cream dan susun biskut-biskut tersebut di dalam bekas. Pastikan susuan biskut itu rapat dan tiada ruang-ruang yg tertinggal.
Cara membuat cheesekut Langkah 7 - Sapukan adunan cream cheese di atas biskut yg disusun |
Sapukan adunan lapisan cream cheese di atas lapisan biskut cream cracker yang telah disusun. Jangan letak adunan terlalu sikit kerana cheesekut akan menjadi terlalu kering. Letak sebanyak mungkin tetapi pastikan cukup sehingga lapisan terakhir.
Cara membuat cheesekut Langkah 8 - Taburkan nestum di atas adunan cream cheese |
Setelah lapisan adunan cream cheese diratakan, taburkan sedikit nestum di atas lapisan tersebut dengan sekata.
Cara membuat cheesekut Langkah 9 - Ulang Langkah 6 hingga 8 sehingga habis kesemua biskut |
Ulang langkah 6 sehingga langkah 8 dengan teliti.
Cara membuat cheesekut Langkah 10 - Hancurkan lebihan biskut dan taburkan di atas lapisan terakhir adunan cream cheese |
Untuk lapisan terakhir, hancurkan lebihan biskut cream cracker dan taburkan bersama nestum dia atas lapisan adunan cream cheese yang terakhir. kemaskan lapisan terakhir tersebut sehingga kelihatan sedap dan selera untuk dimakan.
Cara membuat cheesekut Langkah 11 - Masukkan Cheesekut yang telah siap ke dalam peti ais |
Simpan cheesekut yang telah siap ke dalam peti ais selama beberapa jam supaya lapisan cream cheese menjadi sedikit pejal dan tidak terlalu cair. Cheesekut akan menjadi lebih sedap sekiranya dimakan ketika masih sejuk dan baru sahaja dikeluarkan dari peti ais.
Cara membuat cheesekut Langkah 12 - Makan sehingga puas |
Ini merupakan langkah terakhir. Pastikan anda makan sehingga habis dan puas sebelum cheesekut anda hilang dicuri oleh ahli keluarga anda yang lain. Selamat menjamu selera dan jangan lupa ikuti kami di channel YouTube Resepi Memasak Sedap.
Koleksi Gambar Resepi Cheesekut
Koleksi Gambar Resepi Cheesekut 1 |
Koleksi Gambar Resepi Cheesekut 2 |
Koleksi Gambar Resepi Cheesekut 3 |
Koleksi Gambar Resepi Cheesekut 4 |
Koleksi Gambar Resepi Cheesekut 5 |
Semua bahan tu kt speedmart ade tak agak2?
BalasPadamAde....
PadamKalau blend je susu pekat dengan cream cheese tu boleh ke?
BalasPadamBoleh je. Saya selalu mixer semua sekali.
PadamGuna susu segar kotak kecil pun boleh rasanya kan? Sbb guna 2 sudu shj. Boleh ke?
BalasPadamassalamualaikum nak tanya, kalau nestum gantikan dgn milo atau oreo perlu kurangkan tak susu pekat tu? sbb milo agak manis kan
BalasPadamBoleh kurangkan
BalasPadamSalam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
BalasPadamjom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik