Resepi kek batik merupakan resepi kek yang paling mudah dan ringkas kerana tidak perlu dibakar seperti kek-kek yang lain. Resepi ini amat digemari oleh semua golongan sama ada yang muda atau tua. Kek batik ini juga tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan ditambah pula dengan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati. Dalam blog ini, cara-cara membuat dan memasak kek batik ditunjukkan dengan teliti. Cara-cara membuat kek batik ini juga boleh diikuti dengan langkah demi langkah di channel Youtube Resepi Memasak Sedap. Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube untuk mengikuti resepi-resepi terkini.
Resepi Kek Batik - Original Milo Biskut Marie
SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO
Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat kek batik:
Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat Kek Batik
1. Biskut Marie - satu paket 2. Milo - dua cawan 3. Butter - 250 gram 4. Susu pekat manis - 1/2 tin
Cara-cara membuat Kek Batik:
Cara membuat kek batik Langkah 1 - Patahkan biskut marie kepada dua hingga empat bahagian
Patahkan biskut marie kepada 2 hingga 4 bahagian setiap keping supaya mudah untuk digaulkn bersama adunan. Biskut yang dipatahkan akan dibiarkan untuk beberapa minit supaya lebih lembut atau lemau. Biskut yang terlalu keras akan menyebabkan kek berasa terlalu keras. Tetapi jangan dibiarkan terlalu lemau kerana akan mudah hancur ketika digaul bersama adunan.
Cara membuat kek batik Langkah 2 - Cairkan butter di dalam kuali menggunakan api yang kecil
Sementara itu, panaskan kuali terlebih dahulu menggunakan api yang perlahan. Setelah kuali agak panas, masukkan buttercup satu buku (250 gram) ke dalam kuali. Cairkan butter tersebut dengan pelahan-lahan. Jangan menggunakan api yang terlalu kuat.
Cara membuat kek batik Langkah 3 - Masukkan susu pekat manis
Setelah butter cair sepenuhnya, masukkan setengah tin susu pekat manis ke dalam kuali. Gaulkan adunan sehingga sebati. Separuh tin susu manis sudah mencukupi untuk satui set hidangan. Boleh ditambah lebih sedikit susu manis sekiranya anda lebih menikmati kek batik yang lebih manis.
Cara membuat kek batik Langkah 4 - Masukkan serbuk milo
Masukkan serbuk milo sebanyak dua cawan ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan. Memasukkan milo serentak akan menyebabkan adunan menjadi berketul-ketul kerana tidak sebati. Oleh itu, masukkan dengan perlahan lahan supaya kek batik anda menjadi lebih gebu dan sebati.
Cara membuat kek batik Langkah 5 - Gaul adunan sehingga sebati
Gaulkan adunan sehingga sebati. Sekiranya kuali terlalu panas, boleh dipadamkn api terlebih dahulu supaya adunan tidak terlalu panas.
Cara membuat kek batik Langkah 6 - Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sebati
Kemudian, selepas ketiga-tiga bahan adunan telah siap dicampur dan digaul sehingga sebati menggunakan api yang kecil, matikan api tersebut. Masukkan biskut marie yang telah dipatah patahkan ke dalam kuali bersama adunan. Gaulkan dengan perlahan lahan agar kesemua biskut marie terseput dapat diselaputi adunan milo dengan menyeluruh. Jangan gaul terlalu ganas kerana biskut tersebut akan mudah patah dan hancur.
Cara membuat kek batik Langkah 7 - Pindahkan biskut marie yang telah disaluti milo ke dalam bekas besar
Pindahkan biskut marie yang telah disaluti dengan adunan milo ke dalam bekas besar. Ratakan adunan tersebut dengan kemas dan teliti supaya menjadi bentuk kek. Kalau tak jadi bukit kek batikla.haha.
Cara membuat kek batik Langkah 8 - Masukkan Kek Batik ke dalam peti ais
Biarkan kek batik tersebut di luar selama beberapa minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais supaya lebih sedap untuk dimakan nanti.
Cara membuat kek batik Langkah 9 - Makan sehingga puas
Ini merupakan langkah terakhir. Pastikan anda makan sehingga habis dan puas sebelum kek batik anda hilang dimamah oleh ahli keluarga anda yang lain. Selamat menjamu selera dan jangan lupa ikuti kami di channel YouTube Resepi Memasak Sedap.
Resepi Cheesekut Resepi cheesekut ini sangat terkenal dan amat mudah sekali untuk dibuat. Pelbagai variasi cheesekut boleh didapati seperti oreo cheesekut, milo cheesekut dan crunchcy cheesekut. Dalam blog ini, cara-cara memasak dan membuat cheesekut telah ditunjukkan dengan teliti. Cara-cara membuat cheesekut ini juga boleh diikuti dengan langkah demi langkah di channal Youtube Resepi Memasak Sedap. Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube untuk mengikuti resepi-resepi terkini. Resepi Cheesekut sedap dimakan SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO Resepi Cheesekut Bahan-Bahan yang diperlukan: Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat Cheesekut 1. Cream cheese - 250 gram 2. Biskut Cream Cracker - satu paket 3. Susu Full Cream Dutch Lady - satu kotak 4. Susu pekat manis - 1/2 tin 5. Nestum original - satu mangkuk kecil Cara-cara membuat Cheesekut: Bekas adunan dan alat pemukul telur atau cheese Sediakan
Resepi Ubi Keledek Goreng Kentang Rangup Sweet Potato Resepi Ubi Keledek Goreng Kentang Rangup Sweet Potato sangat sedap dimakan ketika minum petang bersama teh o panas. Ubi keledek goreng ini boleh disediakan dengan menggunakan ubi keledek dan tepung goreng sahaja. Dalam blog ini, cara-cara membuat dan menyediakan ubi keledek goreng ditunjukkan dengan teliti. Cara-cara membuat ubi keledek goreng kentang rangup sweet potato ini juga boleh diikuti langkah demi langkah di channel Youtube Resepi Memasak Sedap. Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube untuk mengikuti resepi-resepi terkini. Resepi Ubi Keledek Goreng Kentang Rangup Sweet Potato SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO RESEPI Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat Ubi Keledek Goreng Kentang Rangup Sweet Potato: Resepi ubi keledek goreng kentang rangup sweet potato - Bahan Bahan 1. Tepung goreng fritter 2. Ubi keledek Cara-cara membuat Ubi Keledek Goreng Kentang Rangu
Sy telah cuba dan amat memuaskan hati sy... terima kasih...
BalasPadam