Resepi Cempedak Goreng Rangup Tepung Goreng Fritter

Resepi Cempedak Goreng Rangup Tepung Goreng Fritter

  Resepi cempedak goreng rangup sangat digemari kerana rasanya yang manis dan rangup terutamanya ketika musim cempedak. Cempedak goreng mudah didapati di gerai-gerai dan pasar malam. Namun anda boleh memasak dan mengoreng dengan sendiri kerana resepi cempedak goreng ini amat senang sekali untuk dibuat. Dalam blog ini, cara-cara membuat dan memasak cempedak goreng rangup ditunjukkan dengan teliti. Cara-cara membuat cempedak goreng rangup ini juga boleh diikuti dengan langkah demi langkah di channel Youtube Resepi Memasak Sedap. Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube untuk mengikuti resepi-resepi terkini.


Koleksi gambar resepi cempedak goreng 1
Resepi Cempedak Goreng Rangup










Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat cempedak goreng:

Resepi Cempedak Goreng - Bahan Bahan
Resepi Cempedak Goreng - Bahan Bahan


1. Cempedak
2. Tepung Goreng Fritter (pisang/cempedak)



Cara-cara membuat cempedak goreng rangup:

Cara membuat cempedak goreng Langkah 1 - Keluarkan semua ulas isi cempedak
Cara membuat cempedak goreng Langkah 1 - Keluarkan semua ulas isi cempedak

Belah buah cempedak kepada dua bahagian. Kopek buah dari satu belahan dan bukanya dengan perlahan-lahan. Tarik batangnya supaya ulas-ulas isi cempedak mudah untuk dikeluarkan. Asingkan kesemua isi cempedak  ke dalam mangkuk kecil.


Cara membuat cempedak goreng Langkah 2 - Bancuh adunan dengan memasukkan separuh cawan tepung goreng fritter
Cara membuat cempedak goreng Langkah 2 - Bancuh adunan dengan memasukkan separuh cawan tepung goreng fritter

Setelah kesemua isi cempedak telah dikeluarkan, mulakan membancuh adunan dengan memasukkan separuh cawan tepung goreng fritter. Kuantiti bancuhan adalah bergantung kepada bilangan isi buah cempedak. Boleh bancuh lebih banyak sekiranya jumlah isi cempedak anda sangat banyak. Namun kuantiti atau ratio air dan tepung adalah sebanyak 1:1.


Cara membuat cempedak goreng Langkah 3 - Bancuh adunan dengan memasukkan separuh cawan air
Cara membuat cempedak goreng Langkah 3 - Bancuh adunan dengan memasukkan separuh cawan air

Masukkan separuh cawan air bagi melengkapkan adunan tepung goreng fritter dengan 
catuan 1 air dan 1 tepung (ratio 1:1).


Cara membuat cempedak goreng Langkah 4 - kacau dan gaul adunan hingga sebati
Cara membuat cempedak goreng Langkah 4 - kacau dan gaul adunan hingga sebati

Kemudian, kacau dan gaul adunan hingga sebati. Boleh tambah air atau tepung sekiranya bancuhan terlalu cair atau pekat.


Cara membuat cempedak goreng Langkah 5 - Salutkan isi cempedak dengan adunan tepung goreng fritter
Cara membuat cempedak goreng Langkah 5 - Salutkan isi cempedak dengan adunan tepung goreng fritter

Saluti setiap ulas isi cempedak ke dalam bancuhan tepung goreng fritter dengan sekata sebelum siap untuk digoreng.


Cara membuat cempedak goreng Langkah 6 - Goreng cempedak yang telah disaluti dalam kuali
Cara membuat cempedak goreng Langkah 6 - Goreng cempedak yang telah disaluti dalam kuali

Setelah isi cempedak telah disaluti, goreng cempedak tersebut di dalam kuali sehingga masak.


Cara membuat cempedak goreng Langkah 7 - Tapis cempedak goreng tersebut sebelum siap untuk dihidang
Cara membuat cempedak goreng Langkah 7 - Tapis cempedak goreng tersebut sebelum siap untuk dihidang

Tapis cempedak yang telah siap digoreng supaya tidak terlalu minyak. 


Cara membuat cempedak goreng Langkah 8 - Hidangkan cempedak goreng dan ajak kesemua ahli keluarga anda makan sekali
Cara membuat cempedak goreng Langkah 8 - Hidangkan cempedak goreng dan ajak kesemua ahli keluarga anda makan sekali

Akhir sekali, hidangkan cempedak yang telah siap digoreng kepada semua ahli keluarga anda. Anda tidak boleh makan bersendirian kerana bau cempedak ini terlalu kuat dan mudah dihidu oleh ahli keluarga anda yang lain. Selamat menjamu selera dan jangan lupa ikuti kami di channel YouTube Resepi Memasak Sedap.



Koleksi-koleksi gambar resepi cempedak goreng:

Koleksi gambar resepi cempedak goreng 2
Koleksi gambar resepi cempedak goreng 2


Koleksi gambar resepi cempedak goreng 3
Koleksi gambar resepi cempedak goreng 3


Koleksi gambar resepi cempedak goreng 4
Koleksi gambar resepi cempedak goreng 4


Koleksi gambar resepi cempedak goreng 5
Koleksi gambar resepi cempedak goreng 5

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Cheesekut

Resepi Ubi Keledek Goreng Kentang Rangup Sweet Potato

Resepi Kek Batik Original Milo Biskut Marie