Resepi Sandwich Telur Mayones Roti Cheese Sos Chili
Resepi Sandwich Telur Mayones Roti Cheese Sos Chili
Resepi Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili sangat mudah disediakan kerana bahan-bahan yang simple dan mudah didapati. Sandwich telur cheese ini boleh disediakan dengan menggunakan telur, mayonis, cheese dan sos cili sahaja. Dalam blog ini, cara-cara membuat dan menyediakan Sandwich Telur ditunjukkan dengan teliti. Cara-cara membuat Sandwich Telur Mayones Roti Cheese Sos Chili ini juga boleh diikuti langkah demi langkah di channel Youtube Resepi Memasak Sedap. Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube untuk mengikuti resepi-resepi terkini.Resepi Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili |
Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili:
Resepi Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili - Bahan Bahan |
1. Roti
2. Telur - 2 biji
3. Cheese - 2 keping
4. Sos chili
5. Mayonis
Cara-cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili:
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 1 - Goreng telur sehingga menjadi seperti scrambled egg |
Panaskan kuali dengan memasukkan sedikit butter atau mentega bagi menggantikan minyak masak. Setelah beberapa minit, pecahkan dua biji telur ke dalam kuali tersebut. Kacau telur tersebut sehingga menjadi seperti scrambled egg.
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 2 - Masukkan satu sudu besar mayones |
Apabila telur telah masak sepnuhnya, masukkan satu sudu mayones ke dalam kuali. Kacau telur dan mayones tersebut sehingga sebati.
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 3 - Masukkan satu keping cheese cheddar |
Masukkan sekeping cheese cheddar dan gaul scrambled egg bersama mayonis sehingga sebati. Telur mayones cheese tersebut akan menjadi lebih anjal setelah dikacau bersama dengan kepingan cheese cheddar.
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 4 - Ambil dua keping roti dan potong bahagian tepi roti |
Tutup api dan masukkan telur yang telah digaul dengan mayones dan cheese ke dalam mangkuk. Kemudian, ambil dua keping roti dan potong bahagian tepi roti yang keperangan.
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 5 - Sapukan adunan telur di atas roti |
Sapukan adunan telur yang telah siap digoreng sebentar tadi ke atas roti. Ratakan telur tersebut di atas permukaan roti.
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 6 - Letakkan sedikit sos chili |
Letakkan sedikit sos chili.
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 7 - Letakkan sekeping cheese cheddar dan sedikit lagi sos chili |
Letakkan sekeping cheese cheddar dan sedikit lagi sos chili.
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 8 - Letakkan sekeping lagi roti sebagai lapisan terakhir |
Setelah itu, letakkan sekeping lagi roti sebagai lapisan terakhir.
Cara membuat Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili Langkah 9 - Potong roti tersebut kepada dua bahagian tiga segi |
Akhir sekali, potong roti tersebut kepada dua bahagian tiga segi dan siap untuk dihidangkan.
Koleksi-koleksi gambar resepi Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili:
Koleksi gambar Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili 2 |
Koleksi gambar Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili 3 |
Koleksi gambar Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili 4 |
Koleksi gambar Sandwich Telur Mayones Cheese Sos Chili 5 |
Ulasan
Catat Ulasan